Inche Faris's profile

Anwar Ibrahim Untuk Malaysia

DS Anwar Ibrahim adalah antara tokoh tanah air yang saya ikuti perjuangannya sejak saya berusia belasan tahun.

Perjuangan dan jasa yang beliau berikan kepada negara dan rakyat bukan calang-calang. Antaranya beliau adalah pemain utama yang terlibat dalam penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga Bank Islam.

Selain dari itu beliau juga menubuhkan Yayasan Anda Akademik (YAA) pada tahun 1971, yang mana yayasan atau institusi pendidikan ini telah banyak membantu anak bangsa berjaya dalam dunia pendidikan.

Semasa beliau menjadi mahasiswa juga, beliau telah memimpin banyak gerakan dan demonstrasi sebagai usaha menjadikan suara mahasiswa dan masyarakat didengari oleh orang-orang berkuasa di atas.

Jika hendak menceritakan jasa dan pengorbanan beliau dalam membangun negara dan anak bangsa tentunya tidak cukup dalam penulisan saya yang ringkas ini. Kebanyakkan dari kita semua pasti telah merasai sedikit sebanyak dari jasa-jasa tersebut.

Untuk PRU-15 kali ini, saya yakin seorang tokoh yang bernama Anwar Ibrahim ini mampu menjadi Perdana Menteri yang kompeten dan berintegriti dalam memimpin Malaysia dan kita semua. Beliau mempunyai kualiti 'Al-Qawiy' dan 'Al-Amin' yang cukup melayakkan beliau untuk menjadi pemimpin negara.

Sekiranya Tuhan mengurniakan rezeki untuk beliau menjadi Perdana Menteri Ke-10, saya berharap dan memberikan sokongan penuh kepada beliau dan barisan kabinet agar dapat membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih baik, ke tahap yang disegani seluruh dunia.

Jemput sebarkan poster-poster hasil karya personal saya untuk DS Anwar Ibrahim.

19 November ini kita raikan pesta demokrasi! Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang berkuasa dalam memilih pemimpin negara.

Anwar Ibrahim Untuk Malaysia
Published:

Anwar Ibrahim Untuk Malaysia

Published: